Duo Terengganu FC hangat dikait ke Kedah Darul Aman
Shaiful Shamsudin
Mac 13, 2024 08:19 MYT
Mac 13, 2024 08:19 MYT
Kedah Darul Aman semakin ligat memperkasakan pasukan apabila dilaporkan sudah mencapai persetujuan untuk mengikat duo import Terengganu FC.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Habib Haroon dijangka kembali dalam perancangan di bahagian tengah oleh bekas ketua jurulatih, Nafuzi Zain, dengan penghijrahannya ke skuad Sang Kenari.
Rakan sepasukannya di kem Pantai Timur itu musim lalu, Sony Norde, turut mengikut jejaknya dan ini kali pertama penyerang Tahiti itu akan bekerjasama dengan Nafuzi.
Skuad Hijau Kuning sebelum ini mengumumkan kehadiran tonggak kebangsaan Uzbekistan, Sukhrob Nurullaev, untuk mengharungi kempen Liga Malaysia 2024/25.
Terengganu 2023, Kedah 2024. Sony Norde-Habib Haroon difahamkan dah complete signing dengan Kedah Darul Aman.??@ASTROARENA pic.twitter.com/EWKQ2xeFln
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.