Skip to main content

Bola Sepak

Duo pertahanan kembali perkukuh UiTM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khuzaimi-pee.jpg
Kepulangan semula pertahanan, Victor Nirennold dan Ahmad Khuzaimi Piee, menjadi pembakar semangat buat UiTM FC menamatkan badi lima kekalahan berturut-turut Liga Super.

Malah, jurulatih sementara, Reduan Abdullah, gembira dengan moral pemain selepas ditimpa satu lagi kekalahan terbesar menjelang kunjungan Petaling City, sabtu ini.

Ketiadaan Nirennold dan Khuzaimi menyaksikan Sang Badak mudah merobek gawang UiTM ketika menang, 4-0 minggu lalu.

Ia kekalahan terbesar UiTM selepas tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan jumlah jaringan sama, bulan lalu.

Tugas penting buat Reduan dan anak buahnya ketika ini untuk menamatkan siri lima kekalahan berturut-turut yang menyaksikan mereka menghuni tangga tercorot liga. 

"Ini berita baik baik buat kedua-dua pemain. 

"Mereka sudah pulih, mereka adalah tonggak dan amat diperlukan untuk beraksi Sabtu ini," katanya dalam laporan Astro Arena bersama Bazly Azmi.

 

NEXT MATCH ⚽️? ⚔️ UiTM FC ? PJ CITY FC Pasukan tuan rumah, UiTM FC akan bertemu dengan pasukan pelawat dari Lembah...

Posted by UiTM FC on Tuesday, April 20, 2021


Penyerang utama, Nana Poku, pula tidak meyakinkan untuk menentang PJ City apabila mengalami kecederaan hamstring.

Penggempur kelahiran Ghana itu muncul satu-satunya penjaring UiTM dengan tiga gol selepas sembilan perlawanan.

Apa yang menarik, dua keputusan terakhir pusingan pertama yang bermula dengan PJ City akan menentukan hala tuju UiTM termasuk status pengendali dan pemain import mereka.

"Ini agak merunsingkan kami, mereka bermain baik dalam masa 30 minit tetapi hilang tumpuan. 

"Kami cuba atasinya dalam latihan dan berikan motivasi kepada pemain agar ia tidak berlaku lagi pada masa depan."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video