Sekembalinya pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan, yang mengungguli Kejohanan Dunia FIM MiniGP 160cc 2023 di tanah air menguntum senyuman ahli keluarga dan penyokong.

Menerusi laporan bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, dengan kejayaan yang dicipta oleh Qabil di persada dunia pasti buka mata semua peminat sukan permotoran untuk kembali merasa gerun dengan pelumba Malaysia.

"Syukur Alhamdulilah saya tak sangka saya boleh buat dan rezeki saya untuk menjuarai perlumbaan ini," ujar Qabil ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.


Tambahnya, "Saya berjaya memulakan perlumbaan dengan baik dan menamatkan ketiga-tiga pusingan di tempat pertama.

"Saya bangga dan harap saya boleh kekalkan kejayaan ini."