Skip to main content

Bola Sepak

Dunia berubah apabila sertai Manchester United -- Benjamin Sesko

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

seskooo.jpg
Penyerang baru Manchester United, Benjamin Sesko, berkongsikan bahawa menjadi impian setiap pemain bola sepak untuk beraksi di Old Trafford.

Pemain kelahiran Slovenia berusia 22 tahun itu tidak menafikan tekanan yang dihadapinya, namun dia mengambil pendekatan positif akan cabaran itu sebagai dorongan untuk terus menyinar.

Dia berpindah dari RB Leipzig dengan nilai perpindahan mencecah £74 juta (RM452.4 juta) sekali gus menjadi penyerang ketiga yang dibawa masuk bagi memperkuatkan The Red Devils musim ini selepas Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo.

"Dunia berubah apabila ada berpindah ke Manchester United, ini sesuatu yang saya suka. 

"Semestinya akan ada tekanan tetapi tekanan adalah sesuatu yang saya anggap sebagai satu keistimewaan. Ia bagus dan memberikan dorongan.



 


"Selepas saya mendengar saya boleh berkelana ke United, saya sangat teruja.

"Secara adilnya, ia bukan hanya impian saya, tetapi mungkin ramai lagi orang dan pemain bola sepak. Ia sesuatu yang anda ingin capai dalam kerjaya anda." katanya.

Untuk rekod, Sesko telah meledak dua jaringan daripada sembilan penampilannya setakat ini dibawah kendalian Ruben Amorim. United akan turun awal pagi ini di laman sendiri berdepan Brighton.

 
Football

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda

Dengan kasut bola Nike Phantom 6 Low Academy, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.


Level Up Game Anda

Advertisement

Must Watch Video