Skip to main content

Bola Sepak

Dulu pernah lawan KL City, kelab India ini heret wakil Iran ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mohunbagan.jpg
Ini bukan kali pertama, malah Mohun Bagan disahkan sekali lagi membatalkan perlawanan dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila bertemu wakil Iran, musim ini.

Menerusi satu kenyataan kelab, Super Giant menegaskan keengganan untuk beraksi menentang Sepahan di Isfahan, Iran susulan faktor keselamatan dan tidak mahu membahayakan pemain serta kakitangan pengurusan. 

Namun, gergasi India itu akan mengheret perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk perkembangan seterusnya. 

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam masa sama telah mengeluarkan keputusan bahawa sebarang aksi Kumpulan C membabitkan kelab tersebut tidak akan dikira dan dianggap sebagai tindakan menarik diri daripada kancah berprestij itu.

Terdahulu, Mohun Bagan juga pernah berbuat demikian pada musim lalu atas sebab yang sama. 

 

Pasukan itu juga berpotensi dikenakan hukuman berat dan bakal diharamkan daripada menyertai pertandingan ini pada edisi akan datang.

Untuk rekod, Kuala Lumpur (KL) City pernah menewaskan Mohun Bagan 3-1 pada aksi separuh akhir antara zon dalam Piala AFC 2022.  

Dan, abang kepada bekas bintang Manchester United, Paul Pogba, iaitu Florentin Pogba juga pernah mewakili Mohun Bagan.

Advertisement

Must Watch Video