Skip to main content

Bola Sepak

Dulu Melaka United, kini Harimau Melaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melakaunited.jpg
Tersingkir daripada saingan Liga Super 2023 bukan noktah buat Melaka United FC apabila skuad Hang Tuah itu akan tampil berwajah baru musim depan dan dikenali dengan nama Harimau Melaka FC.

Penjenamaan dan penstrukturan semula Melaka United akan turut melibatkan pertukaran nama Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) kepada Persatuan Bola Sepak Amatur Melaka (MAFA).

Presiden MUSA, Datuk Nur Azmi Ahmad, berkata pembaharuan struktur serta pembentukan semula pasukan itu giat dilakukan dan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Justeru, dia berkata, skuad baru itu, yang akan dibarisi pemain tempatan, akan beraksi dalam saingan liga amatur, Liga M3, dan mereka dijangka memulakan latihan bulan depan.

“Lupakan cerita lama, buka buku baru. Jenamakan semula pasukan sebagai Harimau Melaka FC. Ada yang mahu kekal bersama kami dan pasukan akan dibarisi pemain tempatan.

“Sudah ada beberapa nama, cuma belum pasti sama ada mahu pilih jurulatih tempatan atau import. Kami buat persiapan awal dan mereka dijangka mula berlatih awal bulan depan,” katanya.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) baru-baru ini menolak rayuan Melaka United untuk mendapatkan lesen kebangsaan ekoran kegagalan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.

Turut tersingkir daripada saingan Liga Super ialah Sarawak United FC walaupun tempoh seminggu diberikan badan First Instance Body (FIB) untuk kedua-dua pasukan itu menyerahkan dokumen berkaitan.

Menurut Nur Azmi, sebagai permulaan, pihaknya memperuntukkan bajet sebanyak RM1.5 juta dengan menyasarkan untuk kembali ke Liga Super musim 2024 dan anggaran perbelanjaan boleh mencecah antara RM5 hingga RM7 juta.

“Kami perlu muncul juara Liga M3 musim depan untuk ke Liga Super pada 2024. Kebajikan pemain akan dijaga dengan baik termasuk pembayaran gaji serta insentif lain termasuk bonus kemenangan.

“Fasiliti termasuk stadium sudah ada dan kami percaya pada tahun 2024 Harimau Melaka FC kembali beraksi dalam Liga Super," tambahnya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video