Skip to main content

Bola Sepak

Dulu keseorangan dibuli, anak jati Kelantan ini teruja bersama Juventus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zulhilmi.jpg
Pemain bola sepak gaya bebas atau freestyler, Zulhilmi Zuaswa, mengungkap kisah penuh inspirasi mengharumkan nama negara selepas terpilih menyertai program Juventus Creator Lab bersama jaguh terkemuka dunia yang lain.

Melalui detik sukar dalam hidup, Zulhilmi, 22, teruja menceritakan perjalanan penuh liku untuk untuk muncul dalam dokumentari The Journey Of The World Best Freestylers.

Bukan hanya memiliki pelbagai gaya, atlet kelahiran Kelantan itu sedang meneroka sukan tersebut  demi mengejar impian menjadi yang terbaik.

Ketika ditemu bual oleh akhbar tempatan, tiada siapa menyangka bahawa seorang kanak-kanak yang pernah dibuli suatu masa dulu kini menjadi salah satu pempengaruh bola sepak terkemuka dunia.

"Saya tidak pernah menyangka kini gembira bersama rakan-rakan gaya bebas yang lain kerana suatu ketika hanya keseorangan di sekolah dan selalu dibuli.




"Mereka (pembuli) memukul, meminta wang saya dan menarik saya ke dalam tandas," katanya kepada Sinar Harian.

Anak bongsu tiga beradik itu juga tidak pernah berkecil hati apabila ramai yang memandang negatif minatnya itu kerana sukan berkenaan merupakan perkara baharu di Malaysia.

"Pada waktu itu saya lihat gaya bebas boleh pergi jauh walaupun ada yang menganggap ia tiada hala tuju tetapi sekarang saya sudah berada di Juventus," katanya.

Untuk pengetahun, selain Zulhilmi, seorang lagi freestyler bertubuh kecil, Hazim Ahmad atau Zeem Ahmad turut terkenal di beberapa buah negara kerana mempunyai bakat yang sama sedang membina nama di pentas antarabangsa bersama satu jenama minuman bertenaga popular dunia, Red Bull.

Advertisement

Must Watch Video