Kelab Liga Perdana, Terengganu FC II (TFC II), memperkemaskan barisan pemainnya bagi musim 2018 dengan mendapatkan dua pemain kebangsaan Haiti, semalam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kelab itu, Sebastian Thuriere dan Andrew Jean-Baptistea disahkan telah menandatangani kontrak setahun bersama TFC II, sekaligus melengkapkan empat pemain import mereka.
Thuriere, 28, dan Jean-Baptistea, 26, merupakan pemain kelahiran Amerika Syarikat, namun mendapat kerakyatan Haiti serta pemain utama skuad kebangsaan Haiti.
“Beraksi bersama Sheikh Russel KC dalam Liga Bangladesh, Thuriere memiliki kredibilit tersendiri memimpin jentera tengah pasukan.
“Jean-Baptistea pula berpengalaman luas dalam Major League Soccer (MLS) bersama kelab New York Red Bulls dan Portland Timbers sebelum menyertai Nykopings BIS dalam Liga Sweden,” kata kenyataan itu.
Kehadiran tonggak tengah dan pertahanan itu menyaksikan skuad bimbingan Mustaffa Kamal Abd Wahab itu kini dianggotai empat awang import selepas Akanni Sunday Wasiu dan Bruno Junichi Suzuki.
Kredit foto: Terengganu Football Club (TFC)