Skip to main content

Bola Sepak

Dua pemain bakal tinggalkan Melaka -- Elavarasan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka-new.jpg
Dua pemain import Melaka, Anderson Brito dan Charles Dabao antara nama yang tidak bertahan lama dalam saingan Liga Malaysia musim ini, apabila sah telah dilepaskan pasukan.

Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Pengendali Melaka, K. Devan, menjelaskan keputusan itu dibuat bukan kerana faktor prestasi semata-mata, tetapi dipengaruhi perubahan kuota pemain import.

Brito yang beraksi di posisi tengah menyerang sempat beraksi tiga perlawanan bersama melaka ketika bertemu Sabah, PDRM dan Penang.

Manakala, Dabao yang menggalas tugas di bahagian pertahanan hanya sempat diturunkan sekali, ketika menentang Penang bulan lalu.

Mempunyai baki lapan pemain import, skuad Hang Tuah difahamkan akan mengetepikan beberapa pemain lagi, gara-gara aksi goyah masing-masing.

Melaka selaku pendatang baru Liga Super bergelut dengan prestasi hambar apabila gagal mencatat kemenangan daripada enam perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video