LIGA SUPER MSIA

Dua lagi import dari Sepanyol jadi pilihan JDT

Shaiful Shamsudin 04/02/2025 | 12:57 MYT
DNA Sepanyol menjadi pilihan Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila mengumumkan ketibaan Jonathan Viera dan Roque Mesa.
Viera merupakan produk akademi Las Palmas dan meninggalkan Almeria dalam kancah LaLiga untuk berkelana ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kini pada usia 35 tahun, pemain tengah itu memilih Liga Super bagi membuka satu lagi lembaran baru dalam kariernya.
Harimau Selatan terlebih dahulu memperkenalkan Alvaro Gonzalez yang dijangka bakal mengisi ruang pertahanan.

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Selepas itu, pemain tengah, Roque Mesa Roque Mesa Quevedo, yang kali terakhir mewakili Sporting Gijon sah menyertai JDT.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#liga super #JDT #Liga-M
;