SASSUOLO 1 AC MILAN 4
Kedudukan Gennaro Gattuso selaku ketua jurulatih AC Milan semakin kukuh sebaik pasukannya menewaskan Sassoulo 4-1 dalam aksi yang menampilkan tiga jaringan menakjubkan di tempat lawan, awal pagi tadi.
Sebelum ini, laporan di Itali mendakwa aksi hambar Milan pada awal musim bakal menyaksikan kelab tersebut menggantikan Gattuso dengan bekas pengendali Chelsea dan Juventus, Antonio Conte.
Namun, jaringan dari jarak 20 ela oleh Franck Kessie menyemarakkan sorakan di Stadium MAPEI tatkala Suso dan Samu Castillejo turut menghasilkan jaringan dari luar kotak penalti.
Jaringan kedua Suso dalam waktu kecederaan menamatkan kemarau kemenangan buat Rossoneri, yang sebelum ini melewati tiga keputusan seri berturut-turut, sekali gus melonjakkan mereka ke tangga ke-10 manakala Sassoulo yang memperoleh jaringan tunggal melalui Filip Djuricic kekal di tangga kelima.
Terdahulu, Suso meledak percubaan awal yang terkena palang gol sebelum usaha Kessie hampir meletakkan Milan di depan selepas memperdaya Andrea Consigli tetapi tolakan lemahnya gagal melepasi garisan gol selepas diselamatkan oleh Pol Lirola.
Federico Di Francesco terlepas peluang keemasan sama apabila melepasi kawalan Gianluigi Donnarumma setelah menerima bola hantara Domenico Berardi sebelum aksi cemerlang Ignazio Abate menafikan hajat Sassuolo untuk membuka tirai jaringan.
Kessie menebus kesilapan awalnya dengan menghasilkan jaringan pembukaan pada minit ke-39 menerusi satu rembatan leret yang tepat ke penjuru kanan gawang.
Satu lagi penyudah menarik dihasilkan Milan lima minit selepas pembukaan babak kedua, kali ini menerusi Suso yang melewati penampilan ke-100 bersama kelab Itali tersebut.
Menerusi satu larian di bahagian kanan, dia kemudian melepaskan rembatan lencong dari jarak 25 ela untuk jaringan kedua Milan.
Rekod kurang baik Milan dalam perlawanan sebelum ini seakan-akan sedia dipadam sebaik Castillejo menghasilkan jaringan pertamanya bersama pasukan itu melalui satu lagi sepakan deras kaki kiri pada minit-60.
Walaupun Sassoulo cuba memberi tentangan menerusi jaringan Djuricic, namun Suso menoktahkan aksi menerusi satu lagi jaringan di penghujung perlawanan.