Skip to main content

Bola Sepak

Dua gol pantas pastikan PSG bangkit lakar kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mauro-icardi_.jpg
TROYES 1 PSG 2

Paris Saint-Germain memulakan saingan  Ligue 1 dengan kemenangan 2-1 di sebalik mengalami kejuatan awal ketika bertemu Troyes.

Jaringan Oualid El Hajjam pada minit kesembilan memberikan kegembiraan buat tuan rumah namun ia bersifat sementara apabila 10 minit kemudian apabilal Achraf Hakimi meledak gol pertama untuk kelab barunya sekaligus menyamakan kedudukan.

Mauro Icardi menggandakan jaringan dua minit kemudian sekaligus cukup untuk memastikan kemenangan, menjolok bola itu mengatasi penjaga gol, Gauthier Gallon, selepas gerakan cemerlang dipamerkan Kylian Mbappe.
   

Advertisement

Must Watch Video