CELTIC 3 ROSENBORG 1
Celtic mengelakkan kejutan dalam Liga Juara-Juara (UCL) ketika menentang Rosenborg awal pagi tadi apabila bangkit untuk meraih kemenangan 3-1 dalam pertemuan pertama pusingan kelayakan kedua.
Setelah mengalahkan Alashkert secara agregat 6-0 dalam pusingan sebelumnya, Celtic sedar mereka menghadapi ujian yang lebih sukar tatkala Birger Meling memberikan Rosenborg kelebihan awal dalam pertemuan di Parkhead itu.
Meling tenang menendang masuk bola ke dalam gawang yang dikemudi Craig Gordon dari jarak 12 meter dan pertahanan itu hampir menggandakan jaringan ketika pelawat bermula garang.
Celtic mula mendapat rentak dan selepas Callum McGregor menguji Andre Hanse, mereka menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama berakhir.
Odsonne Edouard mengimbangi kedudukan perlawanan ketika aksi menuju rehat hasil kelincahan Scott Sinclair di sebelah kiri -- pemain sayap itu menyusup masuk sebelum membuat umpanan kepada penyerang Perancis itu.
Gol kedua Celtic menyusul seminit selepas perlawanan bersambung apabila Olivier Ntcham melepaskan rembatan dari luar kotak penalti sebelum Edouard menggandakan jaringannya melalui sepakan lambung untuk menjamin kemenangan.
Masih ada masa untuk Jack Hendry menguji Celtic apabila percubaannya terkena palang, namun Celtic yang dibimbing Brendan Rodgers membawa bekalan selesa menjelang pertemuan di Norway minggu depan.
AEK Athens akan menanti dalam pusingan berikutnya, dengan Celtic kini menjadi pilihan menjelang aksi dengan wakil Greece itu.