Skip to main content

Bola Sepak

Dua gol Amoura pacu Algeria ke Piala Dunia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

algeria.jpg
Algeria mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026 selepas mencatatkan kemenangan ketujuh dalam perlawanan menentang Somalia di Stadium Miloud Hadefi, awal pagi tadi.

Pasukan pelawat tidak perlu menunggu lama untuk memecahkan kebuntuan dengan gol pertama meneruis Mohamed Amoura pantas menghukum kerapuhan benteng pertahanan tuan rumah pada minit kelima..

Serangan bertali arus dan momentum agresif Algeria berterusan ke kubu tuan rumah yang menyaksikan beberapa deretan peluang untuk menambah jaringan.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila Riyad Mahrez merobek gawang Somalia buat kali kedua pada minit ke-19 untuk meletakkan Algeris selesa mendahului 2-0

Gawang Somalia kemudianya bolas lagi buat kali ketiga, dengan kali ini menerusi tandukan Amoura pada minit ke-57 sekali gus menutup 90 minit di tempat lawan dengan kemenangan bergaya 3-0.


Keputusan itu menyaksikan Algeria kekal di tangga teratas kumpulan G selepas mengumpul 22 mata, malah menjadi pasukan keempat dari Zon Benua Afrika layak ke kejohanan paling berprestij bola sepak itu selepas Mesir, Tunisia dan Morocco.
Nike

Nike BIG Discount

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 29% eksklusif!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video