LALIGA
Dua bintang Real Madrid diuji positif COVID-19
Real Madrid mengumumkan semalam bahawa dua pemain bintangnya, Luka Modric dan Marcelo, diuji positif koronavirus.
Dua pemain berpengalaman itu dikesan positif virus berkenaan dalam ujian calitan terbaru pasukan itu dan kini sedang menjalani pengasingan kendiri.
Madrid, yang menewaskan Atletico Madrid 2-0 dalam pertemuan 'derby' hujung minggu lalu, akan menentang Cadiz dalam LaLiga pada Ahad ini.
Iklan
Pada ketika Marcelo, 33, hanya melakukan satu penampilan musim ini, Modric pula masih menjadi pemain utama buat pasukan bimbingan Carlo Ancelotti berkenaan.
Pemain tengah itu, yang genap berusia 36 tahun pada Sepmtember lalu, menyerlah dalam perlawanan menentang Atletico, di mana Los Blancos melebarkan pendahuluan di puncak LaLiga dengan kelebihan lapan mata di depan pencabar terdekat, Sevilla.
Secara keseluruhan, Modric telah beraksi sebanyak 18 kali dalam kesemua kejohanan musim ini.
Madrid seterusnya akan berdepan Athletic Bilbao pada Rabu depan sebelum menyambung musim ini dengan bertandang ke laman Getafe pada 2 Januari ini.
Must-Watch Video