KL City 1 JDT 2
Kuala Lumpur City mengurangkan defisit gol selepas kekebalan mereka musnah di penghujung separuh masa pertama biarpun pada awalnya memberikan satu saingan seimbang kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Perlawanan yang berlangsung redup di Stadium KLFA ketika ini memperlihatkan skuad Warga Kota tidak gentar untuk melancarkan asakan terutama peluang terbaik daripada ketua pasukan, Paulo Josue.
Dalam masa sama, beberapa insiden telah menuntut penelitian video bantuan pengadil (VAR) yang panjang.
Namun, penantian jaringan anak buah Hector Bidoglio itu akhirnya terlerai pada minit ke-43 selepas VAR mengesahkan jaringan pemain import, Fernando Forestieri, tidak ofsaid ketika menanduk masuk hantaran silang Juan Muniz.
Drama separuh masa pertama tidak berakhir di situ dan selepas menggunakan VAR, pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin, menunding ke arah jarak 12 ela selepas mendapati Oscar Arribas menarik Haqimi Azim Rosli, dan sepakan penalti itu disudahkan oleh Josue untuk menutup babak pertama 1-2.
Muniz kemudian menyebabkan penjaga gol tuan rumah, Azri Ghani, terpaku melihat sepakan percuma pemain import kelahiran Sepanyol terus menerjah ke gawangnya dalam lima masa masa kecederaan yang diberikan.
Stadium Astro
Sat May 25 2024