Skip to main content

Bola Sepak

Dominic Tan, Stuart Wilkin bakal berkelana ke Thailand?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dominic.jpg
Difahamkan pemain skuad kebangsaan iaitu Dominic Tan dan Stuart Wilkin merupakan antara pemain yang berada dalam radar kelab dari Thailand.

Perkara itu dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dengan menjelaskan: "Dari Kota Kinabalu (KK) ke Bangkok, difahamkan Stuart Wilkin dan Dominic Tan antara pemain Harimau Malaya yang dapar offer kelab Thailand." katanya.

 


Kedua-dua pemain itu merupakan antara tonggak penting yang memacu Sabah menamatkan kempen Liga Super 2024/25 di kedudukan ketiga dengan 40 mata.

Untuk rekod, Wilkin kini telah mengumpul 25 kaps bersama Harimau Malaya dan telah mengumpul enam gol, manakala Dominic telah mengumpul 36 kap selaku jentera pertahanan negara. 

Advertisement

Must Watch Video