BOLA SEPAK MSIA
Dominic Tan puji anggota belakang tabir Harimau Malaya
Pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan, memuji usaha pasukan prestasi tinggi dan perubatan sukan skuad kebangsaan dalam membantunya mencapai kecergasan terbaik.
Dominic yang juga tonggak Sabah bergelut dengan kecederaan dan tampak disisihkan untuk pertemuan menentang Cape Verde sekalipun kembali mendapat panggilan perhatian ketua jurulatih, Peter Ckhlamovski.
"Dia seorang yang cukup bersemangat, dia sangat jelas dengan falsafah bola sepak yang ingin diterapkannya.
Iklan
"Corak permainannya melibatkan keamatan tinggi dan banyak larian.
"Segala perancangan berjalan lancar dan kami menikmati latihan di bawah tunjuk ajarnya," katanya dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Dalam masa sama, Dominic berharap bantuan pasukan perubatan mampu mengembalikan kecergasannya di tahap terbaik selepas ditimpa kecederaan berulang.
"Kalau saya dapat berlatih dengan 100 peratus kemampuan, maka saya dapat buktikan sesuatu kepada Ckhlamovski.
"Kami tidak menang ke atas Vietnam dalam tempoh 10 tahun ini.
"Ia tidak akan menjadi satu perlawanan yang mudah tapi kita mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri.
"Sudah tentu skuad kebangsaan berusaha keras mempersiapkan diri bagi menyerlahkan potensi penuh untuk bertemu Vietnam," katanya lagi.
Must-Watch Video