Dominic Solanke kini jadi buruan gergasi kelab Inggeris
Ammar Hakim
Disember 28, 2023 10:35 MYT
Disember 28, 2023 10:35 MYT
Dominic Solanke telah muncul sebagai jalan penyelesaian buat Tottenham dalam usaha mendapatkan khidmat penyerang baru.
The Sun melaporkan Spurs sedang memantau perkembangan penyerang Bournemouth, 26, menjelang jendela perpindahan musim panas.
Tottenham turut dikaitkan dengan pemain tengah Belgium, Arther Vermeeren, 18.
Menurut The Sun, Spurs sanggup membayar Royal Antwerp GBP25 juta Januari ini dengan perjanjian untuk meminjamkannya kembali sepanjang musim ini.
Pencarian Jesse Lingard untuk kelab baharu telah sampai ke Lille, menurut Daily Mirror.
Tetapi bekas pemain tengah Manchester United berusia 31 tahun itu, kini bertindak sebagai ejen bebas.
Manchester United dikaitkan dengan perpindahan untuk penyerang Belanda, Joshua Zirkzee, lapor Metro melalui Sport1.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang bernilai GBP26 juta, telah menjaringkan tujuh gol dalam 17 perlawanan untuk kelab Serie A, Bologna.
Undi Best of 2023 di sini! #Bestof2023