Skip to main content

Bola Sepak

Dollah Salleh kekal di Sri Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dollah-salleh.jpg
Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) masih menagih khidmat Dollah Salleh untuk musim kelimanya sejak kembali bersama pasukan itu pada 2017.

Namun, pengurus Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang, memberi bayangan bahawa PBNP akan mengekalkan bekas pengendali kebangsaan itu bagi menggalas tanggungjawab berbeza dalam saingan Liga Malaysia 2021.

"Kami sebenarnya sedang menilai jurulatih terutama dari luar negara untuk mengepalai barisan kejurulatihan Pahang. 

"Kami akan ketahuinya selepas penilaian dibuat dalam masa terdekat. 

"Dollah akan kekal di Pahang dan sekiranya berlaku kehadiran jurulatih dari luar negara bersama Sri Pahang kelak, Insya-Allah akan membuahkan perancangan terbaik bagi pasukan," katanya kepada wakil Astro Arena, Syakirah Zulkifly, dalam Kongres Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kali keempat di Hotel Marriot, hari ini. 


 

Malaysian Football League (MFL) hari ini telah mengadakan perbincangan bersama unifi / Telekom Multi-Media dan Radio...

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, December 9, 2020


Begitupun, Suffian dalam masa yang sama tidak menyangkal bahawa jurulatih dari Jerman, Thomas Dooley, turut di bawah radar Sri Pahang.

Atas faktor enggan terburu-buru, badan induk itu memerlukan lebih masa untuk menilai dengan teliti beberapa calon lagi.

"Ramai yang ingin menjadi jurulatih pasukan Sri Pahang. 

"Seperti yang diketahui umum, beberapa nama besar telah menghantar permohonan masing-masing dan kami sedang menilai." 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video