Dollah Saleh harap pemilihan jurulatih baru Harimau Malaya, Peter Cklamovski tepat

Najmi Iman
Disember 16, 2024 18:11 MYT
Bekas jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh, mempunyai cadangan terhadap pengendali baru pasukan Malaysia, Peter Cklamovski, yang baru diumum oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.
Jelasnya, beberapa pemain muda yang sedang beraksi dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 seperti Fergus Tierney, Daryl Sham, Fazrul Amir dan Najmuddin Kamal Akmal perlu diberi perhatian sewajarnya.
"Pemain-pemain tersebut tidak perlu dibiarkan. Beberapa pemain memang layak untuk diberi peluang.
"Saya nampak ada pemain yang harus diketengahkan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

1- Ketua Jurulatih Kebangsaan Bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski dari Australia dilantik menggalas tugasan ini selepas beliau dilihat sebagai seorang jurulatih muda yang berkaliber dalam memastikan skuad Harimau Malaya dapat bersaing lebih hebat di pentas antarabangsa. pic.twitter.com/5SYdB56RGS

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengurus Sri Pahang itu juga tidak memberi sebarang kepastian mengenai sejauh mana kepimpinan yang mampu dibawa oleh bekas pembantu jurulatih Australia itu, namun menganggap pemilihan dia selaku jurulatih akan memulihkan semula prestasi Harimau Malaya sejak ditinggalkan Kim Pan-gon.
"Sedikit sukar apabila membuat pertukaran individu kerana perlu bermula daripada awal. Saya harap pemilihan tersebut tepat oleh FAM," tambahnya.
#bola sepak #Dollah Salleh #Harimau Malaya #Peter Cklamovski
;