Skip to main content

Bola Sepak

Dollah puji peningkatan prestasi Sri Pahang FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dollah_1.jpg
Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh, memuji aksi dipersembahkan setiap barisan anak buahnya yang berdisiplin dan melaksanakan percaturan disediakan sehingga gol terhasil melalui Malik Mat Ariff, Steven Rodriguez dan Manuel Hidalgo. 

Dollah yang kembali mengendali skuad Tok Gajah, mengakui pasukan tuan rumah mempunyai benteng pertahanan ampuh, maka perancangan diatur untuk melakukan serangan menerusi bahagian sayap kiri dan kanan. 

"Kami mengetahui PJ City cukup ampuh ketika bertahan dan kami mencari jalan untuk menembusinya. Strategi yang digunakan berhasil dengan baik," kata Dollah.

Dollah menjelaskan hasil peningkatan mendadak skuad Tok Gajah yang menduduki tangga keenam Liga Super setakat ini, adalah usaha bersama barisan kejurulatihan termasuk penasihat teknikal, Fandi Ahmad. 

Tambahnya, dia yang digandingkan bersama Fandi itu mengambil alih pasukan ketika barisan pemain berada dalam motivasi kurang baik apabila berada di kedudukan tercorot liga, dan apa menjadi keutamaan adalah memperbaiki mental anak buahnya. 

"Kami menggunakan teknik psikologi bagi mendapatkan semula keyakinan pemain. Rata-rata semua telah mula menampilkan peningkatan selepas berada dalam kedudukan yang mengecewakan sebelum ini," kata Dollah.

Dalam pada itu, ketua jurulatih PJ City, P. Maniam kecewa dengan persembahan anak buahnya, apabila menyifatkan mereka tidak bermain seperti satu pasukan selain hilang fokus sekaligus memberi kelebihan kepada pasukan pelawat mendominasi 90 minit perlawanan. 

Bagaimanapun, Maniam mengakui barisan anak buahnya beraksi dalam keadaan keletihan dan akan bangkit menjelang perlawanan seterusnya untuk menamatkan kemarau kemenangan sejak 11 perlawanan lalu. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video