Bekas pemain Sporting Gijon, Nacho Mendez, disahkan akan memperkuatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/26.
Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, proses dokumentasi akhir pemain berusia 27 tahun itu sebagai pemain warisan negara tampak sudah selesai dan bakal memperkuatkan skuad kendalian Peter Cklamovski.
Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) dijangkakan bakal menjadi debutnya bersama skuad Harimau Malaya bulan depan sekiranya proses dokumentasi untuk menyarung jersi kebangsaan sudah selesai.
Untuk rekod, pemain kelahiran Sepanyol itu merupakan watak penting Sporting dalam liga divisyen dua Sepanyol selepas membuat 218 penampilan dan sudah mencetak 17 gol sejak 2017.

?Dokumentasi akhir sebagai pemain warisan negara tampak sudah selesai, Nacho Mendez diumum secara rasmi sertai JDT.???@ASTROARENA https://t.co/8cjznAXrxK pic.twitter.com/9LpxUtpxeu
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 9, 2025