Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Doakan yang terbaik -- Safiq Rahim belum beri bayangan destinasi seterusnya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safiqrahim.jpg
Bintang Harimau Malaya, Safiq Rahim, masih belum memutuskan sama ada dirinya akan terus bermain atau mengumumkan persaraan selepas sah meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) beberapa hari lalu.

Bekas pemain Selangor itu menyertai 11 lagi pemain termasuk Farizal Marlias, Jordi Amat dan Jese Rodriguez mengucapkan selamat tinggal kepada Harimau Selatan ekoran kontrak telah berakhir.

Ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, pemain berusia 37 tahun itu ingin memberi tumpuan terlebih dahulu kepada keluarga dan anaknya yang kini berada dalam keadaan tidak sihat.

 

"Saya mahu memberi fokus kepada keluarga dahulu. Mereka memerlukan saya sekarang ini. 

"Sebelum ini, saya banyak tiada masa dengan mereka. Saya harap anak saya cepat sembuh dan doakan yang terbaik pada masa akan datang," katanya di Nadi Weekend.

Sementara itu, pakar sepakan percuma skuad kebangsaan itu memuji revolusi Harimau Malaya, meskipun beberapa penyokong memiliki pandangan berbeza tentang situasi tersebut.

Tegas Safiq, semua pihak perlu memberi sokongan penuh terhadap penstrukturan pasukan negara yang kini mensasarkan untuk layak ke Piala Asia secara merit di Arab Saudi 2027.

"Alhamdulillah, untuk saya apa sahaja program bola sepak tanah air, kita harus beri sokongan," tambahnya. 

Untuk rekod, Safiq memiliki 80 penampilan dan mencatatkan 16 gol untuk skuad kebangsaan. 

Advertisement

Must Watch Video