Skip to main content

Bola Sepak

Doa ibu-bapa iringi Faiz di Zurich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faiz-subri.jpg

"Jangan tinggal solat dan sentiasa berdoa," demikian pesanan yang disampaikan ibu bapa Faiz Subri sebelum dia terbang ke Zurich bagi menghadiri malam Anugerah Bola Sepak FIFA 2016.

Faiz sudah mula merasai debaran menjelang majlis penuh gemilang bagi menentukan siapakah pemenang Anugerah Puskas 2016, namun dia berpegang kepada pesanan ibu-bapanya untuk tidak mengabaikan tanggungjawab jika mahu melakar kejayaan.

Pemain tengah Pulau Pinang itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich tepat jam 8 malam waktu tempatan dengan senyuman terukir ketika ditemui media Malaysia. 

Walaupun tetap berasa debarannya, Faiz yakin doa dan pesanan ibu-bapanya menjadi azimat untuk dia tenang menjelang malam penentuan.

"Saya masih tenang dan tidak berasa gementar. Insya-Allah, kalau ada rezeki, Anugerah Puskas itu akan dibawa pulang ke Malaysia," ujar Faiz.

 

Advertisement

Must Watch Video