Skip to main content

Bola Sepak

Dion Cools selangkah hampir sertai kelab Liga J1, Cerezo Osaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dion-cools.jpg
Pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, hampir pasti menyertai pasukan Liga J1, Cerezo Osaka.

Buriram United telah bersetuju untuk melepaskan khidmat pertahanan negara itu di sebalik masih berbaki satu tahun kontraknya bersama kelab Thailand.

Perkhabaran ini mengesahkan laporan terdahulu, yang memetik laporan media utama Thailand, Ball Thai, mengenai masa depan pemain berusia 28 tahun itu.

Cools dijangka kembali bekerjasama dengan bekas jurulatih Thunder Castle, Arthur Papas, di mana pengendali dari Australia itu kini melatih Cerezo selepas meninggalkan Buriram pada Mac 2024.
 
 

Advertisement

Must Watch Video