Penantian rakyat Malaysia untuk melihat pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools, untuk melakukan penampilan pertamanya bersama kelab Jepun, Cerezo Osaka, akhirnya berkesudahan malam tadi.
Ini selepas pemain warisan berusia 29 tahun itu diturunkan sebagai pemain gantian ketika Cerezo berdepan seteru setempat, Gamba Osaka, dalam saingan J League 1 di Stadium Yodoko Sakura.
Tiga minit selepas gawang mereka dibolosi Riko Handa, Cerezo memasukkan Cools untuk kembali memperkukuhkan pertahanan mereka tetapi ia masih tidak dapat mengubah keputusan perlawanan itu untuk Sakura berdepan kekalahan kelapan daripada 23 perlawanan musim ini.
Bagaimanapun, kekalahan itu belum menjejaskan kedudukan Cerezo di kedudukan kesembilan liga dengan 33 mata, dua mata di atas Gamba Osaka di tangga ke-10.
Sebagai rekod, Cools kini menjadi pemain Malaysia pertama melakukan penampilan dalam liga divisyen utama Jepun berkenaan.