Skip to main content

Bola Sepak

Dion Cools masih menanti penampilan pertama bersama Cerezo Osaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dj-cools.jpg
Pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, masih menantikan penampilan pertamanya bersama Cerezo Osaka dalam saingan J-League 1.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Cerezo Osaka pada tarikh hari lahirnya, 4 Jun lalu.

Sebelum ini, dia tidak disenaraikan ketika pasukannya terikat 2-2 dengan FC Tokyo pada 14 Jun lalu.

Terbaru, Cools diletakkan di bangku pemain simpanan ketika Cerezo Osaka menewaskan Tokyo Verdy 2-1 pada Sabtu lalu tetapi tidak diturunkan sehingga wisel penamat.

Cools seterusnya berpeluang untuk melakukan penampilan pertamanya ketika Cerezo Osaka berdepan seteru setempat, Gamba Osaka, di gelanggang sendiri pada 5 Julai ini.
 

Advertisement

Must Watch Video