Dinamo Zagreb akan beraksi di dalam stadium tertutup dalam saingan peringkat Eropah gara-gara tingkah laku perkauman yang dilakukan penyokong mereka ke atas Benfica, demikian disahkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), semalam.
Badan Pengawalan, Etika dan Disiplin UEFA turut mengarahkan juara liga Croatia itu membayar denda €20,000 (RM106,770) manakala penggantungan penyokong buat kali kedua akan ditangguhkan kepada dua tahun.
Dinamo turut didenda sebanyak €47,000 (RM250,900) lagi untuk kesalahan-kesalahan lain, termasuk penggunaan mercun, melontar objek ke padang dan menghalang laluan bertangga dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, 7 Mac lalu.
Chelsea pula didenda €13,000 (RM69,400) selepas penyokongnya didapati bersalah melemparkan objek dan mengganggu perlawananan ketika berdepan Malmo, 14 Februari lalu.
Malmo pula terpaksa membayar denda €58,000 (RM309,640) kerana lontaran objek dan penggunaan mercun.
Dynamo Kiev dikenakan penggantungan separa stadium dalam saingan peringkat Eropah dan diarahkan untuk mengibarkan sepanduk '#EqualGame' UEFA gara-gara lontaran objek, penggunaan mercun, mengganggu perlawanan dan menghalang laluan bertangga sewaktu berdepan Olympiacos.