Skip to main content

Bola Sepak

Dikait Haaland, Dayot Upamecano, Chelsea akui urusan secara tertutup

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tuchel.jpg
Thomas Tuchel menegaskan Chelsea akan menjalankan urusan perpindahan secara tertutup apabila enggan mengulas mengenai hasrat kelabnya yang dilaporkan sedia memancing Erling Haaland dan Dayot Upamecano.

Pengurus dari Jerman itu dilantik untuk menggantikan Frank Lampard, kurang dari seminggu sebelum jendela perpindahan Januari ditutup dan the Blues tidak membuat sebarang pembelian pertengahan musim ini.

Pengurus berusia 47 tahun itu perlu menunggu sehingga di luar musim ini sebelum membawa pemain baru dan penyerang Borussia Dortmund produktif, Haaland, termasuk pertahanan RB Leipzig, Upamecano, muncul dua pemain yang dikhabarkan di bawah radar The Blues.

Ketika ditanya mengenai laporan itu, Tuchel mengatakan dia hanya memberi fokus kepada perkembangan pertahanan tengah dan penyerang sedia ada sebelum membincangkan pemain baru yang bakal tiba di Stamford Bridge.

"Saya memahami minat anda terhadap soalan dan minat setiap peminat dan penyokong untuk membincangkan perkara sebegini," katanya.

"Saya merupakan peminat dan selalu berminat dengan apa yang berlaku. Tetapi bulan ini baru memasuki Februari dan masih ada masa yang panjang.

"Apabila anda mengenali saya, anda akan tahu bahawa saya tidak akan bercakap tentang pemain lain secara terbuka ketika mereka masih terikat dengan kontrak dengan kelab masing-masing. Inilah penghormatan yang kami tunjukkan kepada mereka malah kepada pemain sendiri.

"Kami fikir tentang pertahanan tengah dan jentera serangan yang ada terlebih dahulu dan mendorong mereka mencapai kemuncak (prestasi). Perkara lain akan diputuskan secara tertutup. Maafkan saya."






Selepas menandatangani kontrak selama 18 bulan untuk mengemudi kelab London barat itu, bekas pengendali PSG berkenaan membantu The Blues meraih tiga kemenangan dan seri sekali dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Chelsea akan berkunjung ke kelab Liga Kejuaraan, Barnsley, bagi menghadapi pusingan kelima Piala FA di Oakwell, awal pagi esok, sebelum kembali ke aksi liga menentang Newcastle United, awal pagi Selasa depan.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video