Skip to main content

Bola Sepak

Digne mahu Everton ke UCL selepas tandatangani kontrak baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lucas-digne.jpg
Everton mengumumkan bahawa bintang pertahanannya, Lucas Digne, telah menandatangani kontrak baru selama empat tahun.

Kesepakatan berkenaan menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu akan menghabiskan kemuncak kariernya di Goodison Park selepas mewakili  Barcelona dalam LaLiga, bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan Lille dalam Ligue 1 dan semusim secara pinjaman bersama AS Roma dalam Serie A.

Sepanjang hampir tiga tahun di Merseyside, pakar set-piece itu telah menjadi sebahagian penting di bahagian pertahanan dan serangan The Toffees melalui 97 penampilannya dalam kesemua kejohanan.

Digne telah merekodkan enam bantuan jaringan dalam 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, kurang satu berbanding yang dilakukannya dalam 35 perlawanan musim 2019-20 tetapi dia pernah menghasilkan empat gol dan empat bantuan dalam musim pertamanya setahun sebelum itu.

Pemain kebangsaan Perancis itu meluahkan keinginannya untuk membawa skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sepanjang bersama mereka.

"Dalam pasukan kebangsaan saya, perebutan di posisi saya dan setiap posisi lain amat kuat dan saya perlu bermain di tahap terbaik," kata Digne kepada Evertontv selepas menurunkan tandatangannya.

"Saya bermain dalam liga terbaik dan sudah pasti saya mahu bermain di peringkat tertinggi Eropah (UCL).

"Dan saya mahu melakukannya bersama Everton," katanya.
 
Hanya dua pemain Liverpool, Andy Robertson dan Trent  Alexander-Arnold (28), merekodkan lebih bantuan jaringan berbanding Digne (17) selaku pertahanan sayap sejak dia menyertai EPL.

Selaku pertahanan sayap, Digne juga menjadi pemain kedua terbanyak mencipta peluang dalam EPL (166) di belakang Alexander Arnold sepanjang tempoh itu.

Dia menambah: "Kami mempunyai projek besar bersama kelab ini, kami sedang membina pasukan yang kuat.

"Apabila anda menyertai Everton, ia seperti perkahwinan yang hebat.

"Anda hanya perlu melakukan yang terbaik setiap hari untuk membuktikan rasa cinta buat Evertonian. Itulah yang saya lakukan.

"Saya hanya mahu membalas apa yang telah mereka berikan kepada saya dan ia amat luar biasa.

"Amat jelas di fikiran saya bahawa saya mahu terus bersama Everton," tambahnya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video