Skip to main content

Bola Sepak

Diego Carlos dijangka berehat panjang selepas cedera Achilles

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

diego-carlos.jpg
Aston Villa mengesahkan bahawa Diego Carlos mengalami kecederaan Achilles ketika menewaskan Everton 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang didatangkan dengan bayaran pendahuluan dilaporkan bernilai £26 juta (RM139.97 juta) pada Jun lalu, turun beraksi buat kali pertama di gelanggang sendiri.

Kedatangannya menjadi sesuatu yang signifikan buat pasukan bimbingan Steven Gerard itu dalam usaha untuk memperkuatkan bahagian pertahanan  Villa selepas prestasi tidak memberangsangkan sepanjang musim lalu.

Bagaimanapun, pemain Brazil itu berkemungkinan besar tidak akan dapat beraksi lagi musim ini selepas Villa mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan Achilles serius pada penghujung perlawanan itu.

Kecederaan itu turut memusnahkan peluang pertahanan tengah itu -- yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu --  untuk mewakili Brazil dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Kenyataan ringkas Villa tidak menyatakan bila pemain itu dijangka akan pulih dan hanya memaklumkan bahawa dia akan menjalani pembedahan sebelum memulakan program pemulihannya.

 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video