Didier Drogba label Chelsea sudah hilang identiti

Shaiful Shamsudin
April 19, 2023 06:47 MYT
Didier Drogba tidak lagi mengiktiraf Chelsea apabila bekas penyerang itu membidas cara pemilik bersama, Todd Boehly, mengendalikan kelab berkenaan sejak mengambil alihnya daripada Roman Abramovich.
The Blues kecundang 0-2 kepada Real Madrid di Stamford Bridge semalam dan terkandas di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan agregat 4-0.
The Blues gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan lalu dan tewas lima daripadanya, selain tergelincir ke tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tatkala mereka menuju penghujung kempen musim ini tanpa sebarang trofi, Drogba -- yang memenangi 12 gelaran utama sepanjang sembilan musim bersama Chelsea -- mengkritik rejim semasa kelab itu.
"Saya mengenali kelab ini berdasarkan kelas tertentu dalam era Abramovich tetapi hari ini saya mendapati kepincangannya.

We exit the #UCL in the last eight. pic.twitter.com/wqQHjguvdM

— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Cukup sukar untuk saya melihat bagaimana mereka menyingkirkan orang tertentu," katanya kepada Canal+.
"Mereka harus kembali kepada prinsip dan nilai yang mereka ada. Saya tidak lagi mengiktiraf kelab ini."
#Chelsea #Didier Drogba
;