Skip to main content

Bola Sepak

Didakwa hamil anak Son Heung-min, dua diberkas pihak berkuasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

son.jpg
Berita palsu atau tidak, ia masih dalam siasatan pihak berkuasa berhubung kes melibatkan pemain kebangsaan Korea Selatan, Son Heung-min.

Dua individu lelaki dan wanita ditangkap bagi membantu siasatan kerana mendakwa penyerang Tottenham Hotspur itu mengakibatkan kehamilan suspek berkenaan menerusi kenyataan media tempatan.

Mereka melakukan peras ugut terhadap pemain berusia 32 tahun itu dan menuntut wang sebagai pertukaran untuk berdiam diri, namun Son pantas membuat laporan polis untuk menafikan tindakan tersebut.

 

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kelonggaran untuk menghukum mereka yang telah membuat ugutan palsu,” kata agensi itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

Advertisement

Must Watch Video