Skip to main content

Bola Sepak

Dia yakin, berani -- Dida puji peningkatan Alisson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alisson-cropped_1o52b76r0egm11rizbrtrl8p7a.jpg
Bekas penjaga gol Brazil dan AC Milan, Dida, memuji peningkatan yang ditunjukkan Alisson di atas keyakinan dan keberanian penjaga gol Roma itu.

Alisson menyerlah bersama Roma musim ini, yang membawa kepada spekulasi dia mungkin meninggalkan kelab Serie A itu, selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid atau Liverpool.

Dida, pemenang Piala Dunia 2002 bersama Brazil, gembira melihat bagaimana pemain berusia 25 tahun itu -- bekas rakan sepasukannya di Internacional -- telah berkembang.

"Alisson adalah penjaga gol yang hebat, dia sangat kuat," kata Dida kepada Omnisport.

"Dia bertambah baik sejak kebelakangan ini, dia yakin dan berani. Saya harap dia dapat memberi persembahan terbaik kerana dia adalah kawan rapat saya.

"Saya tinggal bersamanya selama dua tahun di Porto Alegre ketika bersama Internacional. Saya banyak menyokongnya," tambahnya.

Alisson sedia memainkan peranan penting untuk Brazil dalam Piala Dunia di Russia, di mana negara itu adalah antara pasukan kegemaran dan diundi bersama Switzerland, Costa Rica dan Serbia dalam Kumpulan E.

Dida berharap Brazil boleh memenangi Piala Dunia keenam dan pertama sejak 2002.

"Saya harap Brazil akan bermain dengan baik, mereka hebat semasa kelayakan," katanya.

"Tite mengubah gaya permainan Brazil, saya harap kami boleh melakukannya dengan baik dan memenangi Piala Dunia lagi."

Advertisement

Must Watch Video