EPL
'Dia seperti mahu patahkan kaki saya!' -- Gabriel Martinelli selar terjahan keras Christian Norgaard
Gabriel Martinelli menyelar tindakan Christian Norgaard yang melakukan asakan keras ketika Arsenal seri dengan Brentford.
Arsenal menyaksikan harapan mereka mengejar gelaran takhta liga semakin pudar apabila terikat 1-1 dengan Brentford.
Thomas Partey membenarkan The Gunners mendahului sebelum jaringan Yoane Wissa memastikan The Gunners terus tercicir dua mata berharga.
Iklan
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool kini hanya perlukan tiga kemenangan untuk menjuarai takhta liga.
dalam separuh masa pertama, pemain tengah The Bees, Christian Norgaard, dilayangkan kad kuning kerana terjahan lewat yang menyaksikan Martinelli meronta di atas padang.
Selepas perlawanan, pemain sayap Brazil itu melepaskan kemarahannya kepada pemain tengah Denmark itu dan mendakwa dia sepatutnya dibuang padang kerana melakukan terjahan itu.
Bercakap kepada Sky Sports, pemain berusia 23 tahun itu berkata, "Saya tidak melihatnya insiden itu sekali lagi tetapi pada pendapat saya, dia seperti mahu mematahkan kaki saya. Dia berkata dia tidak sengaja -- saya percaya dia -- tetapi tindakannya agak liar boleh patahkan kaki saya. Bagi saya, dia sepatutnya dilayangkan merah. Saya perlu melihatnya sekali lagi untuk memastikannya, tetapi bagi saya, tindakan itu seperti berniat jahat."
Dengan harapan kejuaraan Liga Perdana Inggeris kian tertutup, pasukan kendalian Mikel Arteta kini akan menyasarkan untuk memastikan tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara apabila mereka membawa kelebihan tiga jaringan ke Madrid untuk perlawanan kedua suku akhir mereka di Santiago Bernabeu pada 16 April.
Must-Watch Video