Skip to main content

Bola Sepak

Dia sangat positif -- Jurulatih Imanol Machuca

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imanol.jpg
Jurulatih Velez Sarsfield, Guillermo Barros Schelotto, berkongsi keadaan semasa pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca, yang kini sedang menghadapi hukuman penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya dalam satu kenyataan yang tular di X, Schelotto menegaskan Machuca sentiasa berfikiran positif, dan menanti masa untuk kembali bersama pasukan.

Difahamkan, bintang berusia 25 tahun itu mengatur pertemuan di Malaysia untuk berbincang langkah seterusnya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebelum pulang ke Argentina.

"Kami ada berhubung dengannya dan dia sedang dalam perjalanan pulang.

 

"Dia bersikap positif terhadap situasinya selepas mengemukakan penjelasan, sambil berharap FIFA membenarkannya untuk bermain semula.

"Selagi belum menerima maklum balas, kami tidak dapat berbuat apa-apa.

"Dia berada dalam prestasi yang sangat baik," katanya. 

Machuca sudah meraih dua kejuaraan bersama Sarsfield dan dianggap antara pemain utama kelab itu. 

Dia merekodkan satu penampilan bersama skuad kebangsaan tatkala Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia di Bukit Jalil.
Nike

Nike BIG Discount

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 29% eksklusif!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video