Bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Sandro Tonali, tidak melupakan persahabatan bersama pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Samu Castillejo, malah mengetahui perkembangan terkini tonggak tersebut.
Dalam satu temu bual oleh Stadium Astro, pemain tengah Newcastle United itu mendedahkan bahawa Castillejo sedang menikmati detik gembira di Malaysia bersama keluarganya.
Tonali juga mengingati waktu di mana mereka berdua merupakan bekas rakan sepasukan tatkala mewakili gergasi Serie A, AC Milan.
“Saya ada bercakap dengan Samu Castillejo kira-kira empat atau lima bulan lalu. Dan saya tahu dia bermain di Malaysia dan beliau gembira di Malaysia bersama keluarganya," katanya di Youtube.
Bercakap mengenai personaliti import Harimau Selatan itu, Tonali menganggap dia adalah pemain berjiwa besar dan sangat peramah dengan semua orang.
"Castillejo bermain bola sepak yang bagus dan kami ada bermain bersama di AC Milan. Dia seorang yang baik dan ceria setiap hari, dan saya sayang dia," tambahnya.
Meskipun tidak memiliki banyak peluang, Tonali sering memandang positif terhadap pemain kelahiran Sepanyol itu ekoran sikap optimis dan sentiasa bersangka baik.
"Saya sayangkan dia tatkala dalam detik sukar. Dia tetap bergembira untuk pasukan.
"Castillejo hanya bermain beberapa perlawanan. Tetapi, dia sentiasa gembira untuk semua orang," katanya lagi.
Samu Castillejo menyertai JDT pada musim lalu dengan status besar apabila pernah bersaing menentang pemain terkemuka dunia seperti Sergio Ramos.
Dia sedang mengharungi fasa pemulihan akibat kecederaan, namun sempat merekodkan lima penampilan musim ini.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang