BOLA SEPAK
Dia rakan sepasukan paling teruk, tetapi dia pakar bermain poker -- Ronaldo



Zinedine Zidane, Ronaldinho, David Beckham, Luis Figo, Kaka, Andrea Pirlo.
Pemenang Piala Dunia dua kali, Ronaldo telah bermain dengan beberapa barisan bintang ternama dan terbaik dunia.
Namun malangnya buat Thomas Gravesen, bekas pemain berusia 48 tahun itu tiada dalam senarai legenda Brazil itu.
Gravesen memiliki reputasi seorang pemain tengah yang tegas, bermain dengan fokus ketika bersama Everton, di mana diangkat sebagai wira.
Dikenali sebagai 'Mad Dog' atas corak permainannya yang agresif, sukar untuk menyangkakan dia pernah berada dalam skuad Galactico di Real Madrid.
Januari 2005, Real membelanjakan GBP2.5 juta untuk mendapatkan khidmat ikon Denmark bagi memperkuatkan lagi pasukan.
Dan jika anda fikir Gravesen yang gila poker akan mengubah pemikirannya selepas menyertai kelab terbesar dunia, perkara itu tidak berlaku sama sekali.
Dia terkenal mengancam untuk membunuh Robinho berikutan sesi latihan sementara mematahkan salah satu gigi Ronaldo selepas kedua-dua pemain itu bertelegah.
Gravesen bertahan selama 18 bulan di Bernabeu -- beraksi dalam 49 perlawanan dalam semua pertandingan sebelum dijual kepada Celtic pada musim panas 2006.
Tempoh singkat pemain Denmark itu masih cukup untuk meninggalkan kesan yang kekal pada Ronaldo.
Dalam satu temubual, "Saya memiliki ramai rakan sepasukan yang teruk tetapi paling dingati adalah Gravesen.
"Pemain tengah dari Denmark, seorang individu yang menarik.
"Dia memenangi pertandingan poker dan membawa pulang wang hadiah ASD50 juta.
"Tetapi dalam bola sepak, dia sangat teruk, dia menjaringkan gol dan gemar mencederakan pemain atas padang."