Sepanjang dibawah jurulatih kelahiran Jepun itu, Faisal turut diberikan peluang beraksi selain menjadi watak penting dalam membantu Gergasi Merah itu mara ke separuh akhir Piala Cabaran 2024/25.
"Dia semakin baik, dia salah seorang pemain saya daripada pemain-pemain lain.. Dia perlu lebih kuat daripada sebelum ini." katanya.
Apa Salah Saya, Kenapa Saya Kena Macam Ini - Faisal Halim | TU7UH
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 31, 2024
Part 6 pic.twitter.com/HqcnYUvy3S
Faisal yang lebih mesra dipanggil 'Mickey' tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat penampilan bersama Selangor walaupun sudah boleh beraksi selama 90 minit dengan aspek kecergasan dan kembali mendapatkan rentak menjadi elemen pertama yang menjadi fokusnya terlebih dahulu ketika ini.
"Daripada data sudah membuktikan saya boleh beraksi dan bersedia untuk bermain selama 90 minit, tetapi saya tidak beraksi kerana mencari kecergasan dan rentak saya.
"Saya perlu hormati kawan-kawan dan pasukan. Mereka bekerja keras buat pasukan, tak mungkin saya baru datang selama dua minggu hendak beraksi." tambahnya.
? Time to freshen up your phone screen with a ? wallpaper featuring Coach Kino! Let’s take on the new year together ?#SFC #MKLK#MerahKuning #LambangKebanggaan#WallpaperWednesday pic.twitter.com/JI8RdxsDOl
— Selangor FC (@selangorfc) January 1, 2025
Selangor akan meneruskan cabaran dalam kempen Liga Super 2024/25 berdepan Kuala Lumpur City pada 12 Januari depan.