Kelab LaLiga, Deportivo Alaves, terus menaruh harapan terhadap bintang warisan Harimau Malaya, Facundo Garces, agar segera kembali memperkuat pasukan walaupun dibelenggu isu pemalsuan dokumen sehingga dikenakan penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
FIFA memutuskan untuk menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dan mengekalkan hukuman ekoran melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA.
Selain pemain kelahiran Argentina itu, Gabriel Felipe Arrocha, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano juga berdepan denda sama.
Namun, Presiden Alaves, Alfonso Fernandez, tetap mempercayai bahawa pertahanan berusia 26 tahun itu tidak bersalah, sambil mendoakan supaya kes itu menemui titik noktah dan menyebelahi kelab tersebut.
Dalam satu temu bual, Fernandez menganggap Garces sebagai aset penting. Kehilangannya amat dirasai buat Alaves.
“Pada akhirnya, ini adalah isu yang tidak berkaitan dengan kelab -- ia merupakan perkara peribadi dia sendiri.
"Tetapi, sudah tentu ia menjejaskan kami kerana kami tidak dapat menurunkan menggunakan khidmatnya.
"Isu ini masih terbuka dan setakat ini tiada apa yang berubah bagi kami kerana selagi tiada keputusan muktamad, Garces masih mempunyai hak untuk membuat rayuan, dan kami terus mempercayai pemain tersebut serta prinsip bahawa dia tidak bersalah.
"Kita akan lihat apa yang berlaku nanti, dan kita akan tunggu,” katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Garces diturunkan ketika perlawanan menentang Getafe pada September lalu.
Dia sudah melakukan dua penampilan bersama skuad kebangsaan bertemu Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia dan Singapura di Bukit Jalil.
Dapatkan Sekarang

?️ #Alavés: El presidente Alfonso González sigue creyendo en la inocencia de Facundo Garcés https://t.co/eE8RXgqItf
— FútbolFantasy (@futbol_fantasy) November 8, 2025
“Pada akhirnya, ini adalah isu yang tidak berkaitan dengan kelab -- ia merupakan perkara peribadi dia sendiri.
"Tetapi, sudah tentu ia menjejaskan kami kerana kami tidak dapat menurunkan menggunakan khidmatnya.
"Isu ini masih terbuka dan setakat ini tiada apa yang berubah bagi kami kerana selagi tiada keputusan muktamad, Garces masih mempunyai hak untuk membuat rayuan, dan kami terus mempercayai pemain tersebut serta prinsip bahawa dia tidak bersalah.
"Kita akan lihat apa yang berlaku nanti, dan kita akan tunggu,” katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Garces diturunkan ketika perlawanan menentang Getafe pada September lalu.
Dia sudah melakukan dua penampilan bersama skuad kebangsaan bertemu Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia dan Singapura di Bukit Jalil.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang