Skip to main content

Bola Sepak

Dia kawal tengah dengan baik -- Ruben Amorim perhatikan Sergio Aguero

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aguero.jpg
Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, memilih tonggak tengah Sri Pahang, Sergio Aguero, sebagai pemain yang mencuri perhatiannya ketika kelab itu bertemu ASEAN All-Stars dalam Maybank Challenge Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi. 

Kebijaksaan mengawal bahagian tengah padang memberikan kesukaran buat pemain The Red Devils sukar merancang gerakan berbahaya.

Kebebasan yang diberikan membenarkan bintang Harimau Malaya itu mengetuai skuad kendalian Kim Sang-sik menewaskan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. 

Ketika ditanya oleh pengacara Stadium Astro, Michelle Lee, Amorim terpegun dengan kualiti permainan Aguero sambil menyifatkan dirinya sebagai senjata penting pasukan pilihan terbaik Asia Tenggara itu.

 

"Mereka sangat bagus. Terutamanya semasa bertahan.

"Saya berpendapat Sergio Aguero adalah seorang pemain yang sangat bagus.

"Dia mengawal bahagian tengah dengan baik," katanya.

Advertisement

Must Watch Video