Skip to main content

Bola Sepak

'Dia datang jumpa saya minta main untuk skuad kebangsaan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

verdonk.jpg
Kehangatan Kelayakan Piala Dunia 2026 semakin dirasai tatkala masa yang bersesuaian untuk Indonesia mara secara merit menjelang dua perlawanan penting, Oktober depan.

Pusingan keempat itu menyaksikan Sang Garuda diundi bertemu tuan rumah, Arab Saudi, dan Iraq bagi penentuan layak ke kejohanan paling berprestij itu tahun hadapan.

Menerusi satu temu bual bintang warisan Indonesia, Calvin Verdonk, yang baru menandatangani dengan kelab gergasi Perancis dalam Ligue 1, Lille, menceritakan keterujaannya bersama pasukan kebangsaan itu dan sedia merealisasikan impian rakyat negara itu. 

Verdonk, 28, gembira mewakili skuad kendalian Patrick Kluivert itu dan sentiasa melihat gergasi Asia Tenggara (ASEAN) sebagai negara bola sepak yang kuat oleh kerana peminatnya yang bersemangat tinggi.

 

"Pada satu ketika, bekas jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, datang berjumpa dengan saya dan meminta bermain untuk skuad kebangsaan. 

"Saya bersetuju dengan permintaan itu.

"Perkembangan bola sepak di sana sangat mengujakan.

"Ia sangat penting untuk saya dalam misi ke Piala Dunia," katanya di X. 

Dengan lambakan pemain berdarah campuran yang lain ditambah pengalaman tonggak tempatan berbakat, Verdonk percaya Indonesia mampu menewaskan Arab Saudi dan Iraq dengan sokongan penuh penyokong. 

"Ia akan menjadi aksi yang sukar.

"Kami mempunyai pasukan yang kuat. 

"Kami akan menang," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video