Bekas bintang Belgium, Radja Nainggolan, mengungkap kenyataan terhadap Roberto Martinez sewaktu menjawat posisi ketua jurulatih negara itu.
Satu kritikan pedas dilontarkan oleh pemain berusia 37 tahun itu mendakwa bahawa Martinez tidak layak mengetuai Belgium menghadapi kejohanan dan beberapa siri perlawanan sebelum ini.
Bekas tonggak AS Roma itu tidak bersetuju dengan taktikal pengendali dari Sepanyol itu yang tidak mendatangkan sebarang pencapaian memberangsangkan bersama Belgium meskipun memiliki beberapa pemain handalan dunia seperti Kevin de Bruyne, Eden Hazard dan Romelu Lukaku.
“Dia bukan pakar bola sepak, malah dia jurulatih yang sangat lemah. Belgium boleh memenangi gelaran jika bukan kerana dia.
“Dengan Martinez, tiada taktik atau strategi," katanya.
Kini Martinez merupakan jurulatih utama Portugal yang dibintangi legenda Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Untuk rekod, kemasukan Martinez selaku jurulatih baru berjaya merangkul kejuaraan Liga Negara-Negara Eropah (UNL), Jun lalu.
Dalam masa sama, Nainggolan mahu menabur bakti bersama skuad Indonesia andai diberikan kesempatan. Jika dapat mengundurkan waktu, dia lebih memilih untuk bermain bersama Sang Garuda.
“Saya berkata kepada diri sendiri bahawa saya lebih suka bermain untuk Indonesia, atas rasa hormat yang mereka tunjukkan kepada saya," tambahnya.
Umum mengetahui bahawa Nainggolan pernah berkelana di Indonesia dan beraksi untuk Bhayangkara dengan melakukan 10 penampilan. Sementara itu, dia juga sudah mengumpul 30 kaps bersama Belgium.

???️| Radja Nainggolan on former Belgium coach Roberto Martinez:
— CentreGoals. (@centregoals) October 29, 2025
“He is not a football expert, he’s a very poor coach. Belgium could have won titles if it wasn’t for him.
“With Martinez, there was no tactics or strategy. When we were in trouble, it was, pass to Hazard, or to… pic.twitter.com/QsMRW6PJI0
“Dengan Martinez, tiada taktik atau strategi," katanya.
Kini Martinez merupakan jurulatih utama Portugal yang dibintangi legenda Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Untuk rekod, kemasukan Martinez selaku jurulatih baru berjaya merangkul kejuaraan Liga Negara-Negara Eropah (UNL), Jun lalu.
Dalam masa sama, Nainggolan mahu menabur bakti bersama skuad Indonesia andai diberikan kesempatan. Jika dapat mengundurkan waktu, dia lebih memilih untuk bermain bersama Sang Garuda.
“Saya berkata kepada diri sendiri bahawa saya lebih suka bermain untuk Indonesia, atas rasa hormat yang mereka tunjukkan kepada saya," tambahnya.
Umum mengetahui bahawa Nainggolan pernah berkelana di Indonesia dan beraksi untuk Bhayangkara dengan melakukan 10 penampilan. Sementara itu, dia juga sudah mengumpul 30 kaps bersama Belgium.

50% OFF Nike Mercurial Vapor 16 Club
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang