Skip to main content

Bola Sepak

Di Maria, Draxler dijangkiti COVID-19 di PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

di-maria.jpg
Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan bahawa Angel Di Maria dan Julian Draxler diuji positif COVID-19.

Kedua-dua pemain itu merupakan pemain PSG terbaru dijangkiti virus berkenaan, di mana Layvin Kurzawa, Danilo Pereira, Gianluigi Donnarumma dan Sergio Rico masih berada dalam tempoh pengasingan.

Lionel Messi turut diketepikan ketika pasukan gergasi Ligue 1 itu menewaskan Vannes 4-0 dalam Coupe de France, Isnin lalu tetapi dia kini disahkan telah negatif jangkitan itu dan diberikan pelepasan untuk kembali berlatih.

Namun, Mauricio Pochettino kini hampir pasti akan kehilangan khidmat Di Maria dan Draxler bagi perlawanan Ligue 1 menentang Lyon hujung minggu ini pada ketika PSG menyasarkan untuk melebarkan kelebihan di puncak liga kepada 13 mata.
 
Satu kenyataan yang dikeluarkan Parisian dalam Twitter rasmi mereka berkata: "Angel Di Maria dan Julian Draxler diuji positif COVID-19 pagi ini.

"Mereka kini diletakkan dalam ruangan berasingan dan tertakluk kepada protokol kesihatan yang bersesuaian."

Di Maria telah beraksi sebanyak 16 kali buat PSG dalam kesemua kejohanan musim ini, di mana dia terlibat dengan tujuh jaringan dan berada di tangga ketiga di belakang Messi (10) dan Kylian Mbappe (30) dalam kalangan rakan sepasukannya.

Draxler pula, yang baru pulih daripada kecederaan, telah menghasilkan dua gol dan dua bantuan jaringan sepanjang 14 penampilan musim ini.


 

Advertisement

Must Watch Video