Luciano Guaycochea meninggalkan kancah Liga Malaysia (Liga-M) dengan memori manis bersama Perak selepas mengetuai pasukan itu menghadapi Liga Super, musim lalu sebelum membuat keputusan untuk tidak bertanding ketika ini.
Juara Liga Indonesia, Persib Bandung menyambar Guaycochea sebagai tonggak import baharu pasukan itu dan Guaycochea menyatakan bahawa Bojan Hodak adalah sebab utama mengapa dia ke negara jiran.
"Sudah tentu kedua-dua pasukan antara The Bos Gaurus dan Pangeran Biru bermain dengan cara berbeza.
"Dia (Bojan Hodak) ialah nama besar dalam Asia dan memenangi banyak gelaran.
"Sebab itu saya berpindah ke sini," katanya menerusia segmen Pemain Eksklusif di Astro Arena.
Pemain berusia 33 tahun itu telah melakukan lima penampilan bersama Persib Bandung termasuk beraksi dalam Kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Dia akan kembali ke Malaysia apabila kelabnya diundi bertemu Selangor dalam kejohanan tersebut.
Tiga tahun bersama skuad Seladang dianggap sebagai keluarga dan diangkat sebagai pemain terbaik oleh penyokong Perak.
Ditanya lagi mengenai pengalaman di Perak, Guaycochea menekankan bahawa kehidupuan di Ipoh sangat menenangkan berbanding di Indonesia.
"Di Ipoh, saya tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk.
"Di Bandung, saya harus keluar rumah satu jam 30 minit awal.
"Saya merindui Malaysia kerana semua orang melayan saya dengan baik," tambahnya.
Untuk rekod, pemain berusia 33 tahun itu cukup terkenal bersama The Bos Gaurus ekoran merupakan saudara rapat kepada bintang Liverpool yang berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Alexis Mac Allister.