Pengendali baru AS Roma, Eusebio Di Francesco, ingin membawa masuk lima lagi muka baru untuk mengharungi saingan Serie A pada musim depan sementara pemain tengah yang menjadi buruan ramai, Radja Nainggolan, akan bersama-sama skuad itu untuk mengharungi jelajah pra-musim di Amerika Syarikat (AS).
Nainggolan dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Chelsea.
Begitupun, Roma tetap berkeras Nainggolan akan kekal sambil Di Francesco mahu memperkasakan skuadnya bagi menamatkan dominasi Scudetto oleh Juventus.
"Roma mahukan alternatif kepada Edin Dzeko, dua pemain sayap, seorang pemain pertahanan (kiri atau kanan) dan tengah," kata bekas bos Sassuolo itu kepada Sky Sports Itali.
"Di bahagian tengah, kami telah mempunyai pemain yang sesuai. Jadi, kami perlu melihat posisi lain. Saya gembira dengan pemain tengah yang ada.
"Nainggolan merupakan pemain terbilang dan kami mahu dia kekal: itulah matlamat saya dan kelab, sudah pasti dia akan bersama kami di AS.
"Saya tenang, kualiti yang dimilikinya sangat penting: dia boleh beraksi, menerjah, menyerang dan menjaringkan gol. Kesemua kualiti itu merupakan elemen yang perlu ada bagi seorang pemain tengah yang hebat."
Sementara itu, Roma masih menunggu keputusan ikon kelab, Francesco Totti, sama ada dia akan memainkan peranan di luar padang atau meneruskan karier profesional di luar Serie A.
Presiden Tokyo Verdy, Hideyuki Hanyu, telah membuat tawaran kepada pemain tengah berusia 40 tahun itu untuk menyertai kelab yang beraksi dalam kancah Liga J2 itu, sebaliknya Di Francesco berharap Totti akan kembali ke Roma.
"Dia merupakan legenda dan perlu membuat keputusan mengenai masa depannya.
"Saya tahu Francesco akan menghulurkan bantuan besar kepada kami dan adalah bonus besar buat kami dengan pengetahuan luas yang dimilikinya.
"Selepas menjadi pemain dan kakitangan kelab, ia sesuatu yang istimewa untuk saya dilantik sebagai ketua jurulatih Roma. Sambutan yang diberikan oleh setiap orang di kelab ini membantu saya untuk menghadapi cabaran baru."