BORUSSIA DORTMUND 2 BAYERN MUNICH 0
Pengurus Bayern Munich, Niko Kovac, meratapi kesilapan dan kegagalan pasukannya memanfaatkan peluang dalam kekalahan trofi DFL-Supercup kepada Borussia Dortmund, malah beliau turut tidak berpuas hati dengan persembahan barisan pemainnya.
Dortmund menjulang trofi berkenaan menerusi kemenangan 2-0, awal pagi tadi, yang menyaksikan Paco Alcacer dan Jadon Sancho menghalang Bayern daripada memenangi aksi pembuka tirai Bundesliga itu buat musim keempat berturut-turut.
Thiago Alcantara hilang bola kepada Sancho yang membuat umpanan kepada jaringan pembukaan Alcacer pada minit ke-48 sebelum pemain antarabangsa England itu meledak jaringan ketika 21 minit tersisa.
Mengulas mengenai keputusan itu, yang menyaksikan dua percubaan Kingsley Coman dipatahkan, Kovac memberitahu pemberita: "Sudah tentu kami berasa sedih dengan kekalahan hari ini. Saya fikir kami bangkit untuk memberikan persembahan yang baik, bukanlah begitu bagus tetapi memadai.
"Kami menguasai permainan, kami membuat dua kesilapan yang dimaanfaatkan Dortmund manakala kami gagal mengambil peluang yang ada, itulah sebabnya kami tewas dalam perlawanan ini.
"Kami kini di minggu keempat pra-musim. Ini perlawanan pertama di mana semua pemain terlibat dalam 90 minit, anda tidak boleh menaruh harapan tinggi dalam keadaan ini. Saya tidak berpuas hati, sudah tentu ia bukannya satu prestasi yang cemerlang.
"Kami harus mengambil peluang yang ada dan tidak terikut-ikut dengan rentak Dortmund. Kami kehilangan bola dan membenarkan lawan melakukan serangan balas."
Bintang Bayern, Joshua Kimmich, menambah: "Mereka memang layak menang biarpun bukanlah sebagai pasukan yang lebih baik. Kita menyaksikan dua pasukan yang sangat lemah dalam babak pertama dan kami mula menyerang dalam babak kedua tetapi dengan pantas melepaskan gol.
"Dortmund menyerlahkan banyak kesilapan kami. Apa yang paling mustahak, kami membuat banyak kesilapan sehingga dihukum mereka. Tahap permainan ini bukanlah tinggi memandangkan kedua-dua pasukan membuat banyak kesilapan."
Dortmund kelihatan lebih menyerlah dan kreatif dan pengurus, Lucien Favre -- pasukannya menamatkan dua mata di belakang Bayern untuk terlepas gelaran Bundesliga musim lalu -- berkata: "Kami begitu menginginkan kemenangan.
"Bayern amat mantap dan saya fikir mereka menguasai permainan sebanyak 65 peratus dan itu angka yang banyak. Namun, kami mencipta peluang untuk mencetak gol dan bertahan dengan sabar dan padat.
"Jika keadaan berterusan seperti ini sehingga akhir musim, saya sudah bersedia," tambah seorang lagi pemain Dortmund, Marco Reus.
"Ia adalah permulaan yang baik untuk hari ini. Saya tidak mahu mengatakan bahawa perlawanan ini adalah penanda aras kami pada musim ini tetapi ia masih merupakan permainan yang hebat, kami lebih berkesan hari ini dan berhak meraih kemenangan."