SAARBRUCKEN 2 BAYERN 1
Bayern Munich mengalami kekalahan mengejut 1-2 kepada pasukan divisyen ketiga, Saarbrucken, yang menyaksikan juara Bundesliga itu tersingkir dalam pusingan kedua DFB-Pokal, awal pagi tadi.
Anak buah Thomas Tuchel itu mendahului menerusi percubaan Thomas Muller pada minit ke-16 sebelum maruah mereka tercalar menerusi kebangkitan luar biasa tuan rumah.
Patrick Sontheimer menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama dan selepas Bayern gagal memanfaatkan beberapa peluang terhiadang dalam babak seterusnya, gol Marcel Gaus dalam masa tambahan melengkapkan reputasi mereka sebagai pembunuh gergasi edisi ini.
Hanya Muller, Leroy Sane, Mathys Tel, Bouna Sarr antara pemain senior datang mengucapkan terima kasih kepada penyokong Bayern yang bertandang sejurus wisel penamat ditiupkan dengan pemain remaja Lovro Zvonarek dan Taichi Fukui menyusul dari bangku simpanan.
Justeru, Muller mahu menegur sikap rakan sepasukannya walaupun tidak berselindung gagal menyerlahkan persembahan yang memberangsangkan.
"Secara logiknya seperti yang sering berlaku, peminat lebih mementingkan keputusan dan permainan sahaja," jelas Muller kepada Sky Sport.
“Dalam bola sepak kami tidak dapat mengelak kalah dalam perlawanan. Saya perlu bersetuju dengan peminat.
"Apa yang tidak boleh diterima sama sekali ialah apabila hanya tiga atau empat pemain yang tahu cara menghormati penyokong."

6️⃣ minutes added on ⏱️
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) November 1, 2023
Keep pushing, boys! ?
⚫️? #FCSFCB 1-1 (90') pic.twitter.com/MpA0g2i9bp