Skip to main content

Bola Sepak

DFB-Pokal: Nagelsmann tuntut penyudah lebih berkesan Bayern

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

choupo-moting.jpg
AUGSBURG 2 BAYERN 5 

Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann, berasakan pasukannya "sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol lagi" walaupun menang bergaya 5-2 di Augsburg dalam pusingan kedua DFB-Pokal, awal pagi tadi. 


Bayern ketinggalan dalam tempoh sembilan minit permainan selepas rembatan Mads Pedersen meletakkan tuan rumah di hadapan, tetapi dua gol daripada Eric Maxim Choupo-Moting dan penyudah bijak Joshua Kimmich meletakkan juara Bundesliga itu menerajui permainan 3-1.

Gol sendiri Dayot Upamecano memberikan Augsburg harapan kebangkitan, tetapi jaringan lewat permainan daripada Jamal Musiala dan Alphonso Davies memastikan kemaraan Bayern ke pusingan ketiga. 

Walaupun lima kali berupaya merobek gawang Augsburg, Nagelsmann masihmenuntut penyudah juara 20 kali itu agar lebih berbisa dengan memberitahu ZDF: "Ia adalah satu perlawanan klasik merebut piala.

“Kami mencipta peluang yang cukup untuk mencengkam permainan tetapi malangnya kami dibolosi pula. 

 



"Terdapat banyak situasi di mana kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol lagi."

Nagelsmann lega dengan peningkatan anak buahnya selepas mendapati diri mereka ketinggalan awal, terutama dalam tempoh dominan mereka selepas rehat yang menyaksikan Kimmich dan Choupo-Moting menjadikan kedudukan 3-1 menerusi jaringan pada minit ke-53 dan ke-59.

“Kami tidak membuat permulaan yang baik, kami sangat lembap dan mahu mengelak perebutan bola,” katanya lagi.

"20 minit selepas babak kedua barulah kami beraksi dengan sangat baik. Daripada segi fizikal kami berada di tahap yang sama."

Advertisement

Must Watch Video